Tuesday, January 18, 2011

THIS
    BLOG
        IS
          UNDER
               CONSTRUCTION!




For Inquiry about Wedding Photography Package Price please email to admin@haffizanismail.com or can direct call/sms at 012-9799377 or can drop by at my office.


TQ!

:D

Friday, June 26, 2009

Slideshow : Majlis Perkahwinan Eta & Arul

video

Salam, slideshow nie just di ambil dari gambar2 masa majlis persandingan di rumah Eta sahaja..yg lain2 kene tunggu dgn penuh kesabaran..orait? :-) Sori yer Eta lmbt upload gambar..slideshow nie i buat khas utk u sementara menunggu kesemua gambar2 di majlis perkahwinan anda..owh..n slideshow nie pun gambar2 dia masih RAW belum di edit dan sebagainya..orait? Terima Kasih di atas kesabaran anda.. :-D

MOHAMED HAFFIZAN ISMAIL
Photographer
Tel : +60129799377
YM : zan_gun@yahoo.com
Email : zan_gun@yahoo.com
Blog : http://mohamedhaffizanismail.blogspot.com/
Portfolio : http://www.coroflot.com/mohamed_haffizan
MySpace : myspace.com/lensakamera

Monday, June 22, 2009

Hargai JURUKAMERA anda!


Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda?
(perhatian untuk pengantin2 yang lepas dan bakal2 pengantin saya)


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Jurugambar adalah insan terpenting semasa sesuatu majlis diadakan.. oleh itu layanan yg adil dan istimewa perlu diberikan kepada jurugambar anda. adalah amat penting untuk menjaga kebajikan mereka seperti makan minum dan tempat tinggal yg selesa.. Bayangkan jika mood jurugambar anda tidak baik apa akan terjadi kepada gambar2 saat hari indah anda. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Oleh itu anda hendaklah menanti dengan penuh sabar album gambar anda utk disiapkan dengan hasil yg terbaik.. menanti dengan penuh sabar walau memakan masa berbulan.. jgn berikan mereka tekanan dan yg terpenting.. HARGAILAH KAMI! TERIMA KASIH! :-D

Semoga kesemua pengantin kekal bahagia ke akhir hayat.. Amin..

**Credit to Adib :-)**

MOHAMED HAFFIZAN ISMAIL
Photographer
Tel : +60129799377
YM : zan_gun@yahoo.com
Email : zan_gun@yahoo.com
Blog : http://mohamedhaffizanismail.blogspot.com/
Portfolio : http://www.coroflot.com/mohamed_haffizan
MySpace : myspace.com/lensakamera

Sunday, March 1, 2009

Majlis Persandingan Shidi & Norazita

Norazita aka Isteri Shidi dimekap oleh Gee..lihatlah hasil2 kerja beliau di http://geecantik.blogspot.com.. :D
eh..korg watper 2..2 keje mak andam..korg bukan mak andam..hehehe.. :pko pun nak mekap jugak..mengalahkan pengantin..hehehe..Nicekan gamba nie Fid? xnmpk tembamkan? hehehe..love dis photos.. :)
Amik berkat ke Fid?? :Darin ngan aweknyer..eh..silap..ngan nadia aka awek fifi..hehehe.. :p
Comelnyer..anak saper nie..hehehe.. :pBalik dari majlis pegi ikut budak2 nie g karaoke kat ole2..diorg jer menyanyi..aku xmenyanyi..hehehe.. :p

Assalamualaikum..gambar di majlis persandingan Shidi & Norazita..selama 4 tahun bercinta akhirnya mereka mendirikan rumah tangga..im not an official photographer..just suka2 amik gamba di majlis kawanku nie..hehehe..saja sibuk2 kan diri mcm official photographer pulak..hehehe..xder hal kan shidi..hehehe..tahniah sekali lagi di atas perkahwinan ko nie..jgn xlepak pulak pas dah kawen nie..hahaha..xderla..gurau2 jer..hehehe..majlis sanding berlangsung di Dewan MSN, Bukit Jalil..pagi2 da bgn tumpang kete fifi..pegi ngan fifi,awek dia n arin..sampai2 lepak dulu kat apartmen MSN..tgklah gelagat budak2 nie..hehehe..ape nak jadi la..hehehe..so enjoy with my photos..kepada shidi sekali lagi aku ucapkan Selamat Pengantin Baru..Tahniah..

MOHAMED HAFFIZAN ISMAIL
Photographer
Tel : +60129799377
YM : zan_gun@yahoo.com
Email : zan_gun@yahoo.com
Blog : http://mohamedhaffizanismail.blogspot.com/
Portfolio : http://www.coroflot.com/mohamed_haffizan
MySpace : myspace.com/lensakamera

Majlis Akad Nikah Shidi & Norazita

xdpt jwb soalan..gelak2 pulak ko..hehehe.. :p






mkn jela ko adi..hehehe.. :p
ngan fid..sape lagi tembam n comel?? hehehe.. :p

Assalamualaikum..lamanyer xupdate blog nie..~huh~..bz yg xterhingga..hehehe..nway..dis is my friend akad nikah..im not an official photographer..just saja suka2 amik gamba..hehehe..cam xpercaya membe aku nie da kawen..kelakar betul..hehehe..tapi ok la skit pasal aku dpt menceriakan hari aku dgn hari yg indah bagi kwn ku seorg nie..hehehe..dgn sekali lafaz jer..terus sah..hehehe..terer tul ko shidi walaupun ko xdpt jwb soalan ustaz..hehehe..aku tau ko tgh gabra tapi biasala..kawen..hehehe..aku letak gamba akad nikah nie dulu..jap2 lagi aku upload gamba majlis sanding pulak..orait..so kepada Shidi dan isterinya..SELAMAT PENGANTIN BARU n SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU! Yeah! :D

MOHAMED HAFFIZAN ISMAIL
Photographer
Tel : +60129799377
YM : zan_gun@yahoo.com
Email : zan_gun@yahoo.com
Blog : http://mohamedhaffizanismail.blogspot.com/
Portfolio : http://www.coroflot.com/mohamed_haffizan
MySpace : myspace.com/lensakamera